Thursday, February 26, 2009

KENALI PERSONALITI DIRI ANDA

SOAL SELIDIK PERSONALITI WARNA

BIL. ITEM YA TIDAK

1. Saya cepat menyelesaikan diri dengan situasi baru.
2. Saya lebih tua dari umur sebenar saya daripada segi pemikiran.
3. Saya mudah mesra bila berhubung dengan orang lain.
4 Saya adalah dalam golongan orang yang pandai.
5. Saya amat selesa dengan pengekalan cara hidup tradisi.
6. Saya bersemangat mengikuti subjek yang merangsang minda.
7. Saya suka kelihatan berbeza daripada orang lain.
8. Saya isikan masa lapang dengan aktiviti luar yang menyeronokkan.
9. Saya sangat menghargai kehidupan berkeluarga.
10. Saya sentiasa membaca untuk menambah ilmu pengetahuan.
11. Saya suka menunjukkan keperibadian saya sebenar dalam semua keadaan.
12. Saya suka bergaul dengan semua orang.
13. Saya akan melakukan segala kerja secara bersistematik.
14. Saya sering bertanya guru mengenai persoalan yang mengganggu minda saya.
15. Saya selalu memberi dorongan kepada orang lain untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
16. Saya tidak gentar dengan sebarang cabaran.
17. Saya selesa menghormati pihak berkuasa.
18. Guru merupakan orang yang sangat saya hormati.
19. Saya senang berinteraksi dengan orang lain.
20. Saya seorang yang suka aktiviti perkhemahan.
21. Saya mempunyai emosi yang stabil.
22. Saya berminat untuk meneroka semua bidang.
23. Saya cenderung memilih pekerjaan dalam bidang pendidikan.
24. Persaingan adalah baik bagi saya.
25. Saya sentiasa patuh kepada peraturan walau di mana saya berada.
26. Saya seorang yang sabar.
27. Saya amat sesuai melibatkan diri dalam aktiviti menolong orang lain.
28. Saya sukakan perkara yang berbentuk amali daripada teori.
29. Saya amat menghargai masa.
30. Saya suka menganalisis diri sendiri dan orang lain.
31. Saya lebih suka melibatkan diri dalam pekerjaan yang ada unsur-unsur kesenian.
32. Saya selalu menimbulkan suasana keceriaan ketika tegang.
33. Saya sanggup bekerja keras untuk kepentingan organisasi.
34. Saya akan berpuas hati setelah kerja disiapkan dengan sempurna.
35. Saya berkebolehan untuk menyelami perasaan orang.
36. Saya selalu memberikan gerakbalas yang spontan dalam setiap tindakan.
37. Saya selesa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan.
38. Saya suka membincangkan falsafah tentang sesuatu perkara.
39. Saya memiliki ciri-ciri seorang pengasuh.
40. Saya suka kepada sesuatu yang luar biasa dan mencabar.
41. Saya seorang yang suka berjimat cermat.
42. Saya sering meminta penjelasan tentang sesuatu persoalan.
43. Saya percaya setiap orang mempunyai harga diri.
44. Saya sukakan aktiviti yang berbahaya tetapi menyeronokkan.
45. Saya tidak suka berpakaian selekeh.
46. Saya suka kepada perkara yang memerlukan aktiviti penyelidikan.
47. Saya lebih bermotivasi sekiranya diberi dorongan.
48. Saya seorang yang kelakar.
49. Saya sering kali bersifat konkrit.
50. Saya gemar membahaskan sesuatu teori.
51. Saya tidak berminat dengan aktiviti yang melibatkan persaingan.
52. Saya tidak suka pelajaran yang memerlukan pembacaan yang banyak.
53. Saya seorang yang bertanggungjawab.
54. Saya mempunyai prinsip hidup yang jelas.
55. Saya mahu mendapat kepujian daripada orang lain di atas setiap kejayaan saya.
56. Saya suka aktiviti ko-kurikulum yang lasak.
57. Saya bersifat keibubapaan.
58. Saya cenderung untuk merekacipta sesuatu yang baru.
59. Keadaan perbalahan selalu mengganggu emosi saya.
60. Saya bosan dengan kerja berstruktur.
61. Saya seorang yang mementingkan keharmonian.
62. Saya berkebolehan menjalankan sesuatu tugas dengan sempurna.
63. Saya seorang pendengar yang baik.
64. Saya bosan dengan kerja-kerja yang rigid.
65. Saya seorang yang amanah.
66. Saya sentiasa bersifat ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu.
67. Adakah anda seorang yang mudah menyayangi orang lain.
68. Saya bosan dengan kerja yang rutin.
69. Saya sentiasa bersedia untuk melakukan sesuatu kerja.
70. Saya adalah seorang yang tenang.
71. Sekali sekala saya mudah terasa apabila orang lain bercakap mengenai diri saya.
72. Saya puas hati dengan kerja yang melibatkan kebebasan.
73. Saya selalunya dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan.
74. Saya berminat menyertai pertandingan yang mencabar minda.
75. Saya tidak gemar menonton cerita yang berunsur keganasan.
76. Saya puas hati dengan kerja yang dapat menggunakan koordinasi fizikal.
77. Saya berpuas hati kerana dapat menolong seseorang yang memerlukan pertolongan.
78. Bagi saya kerja itu adalah suatu permainan.
79. Saya mudah rasa bersalah apabila tidak mematuhi nasihat ibu bapa.
80. Saya puas hati dengan kerja yang menggunakan alatan.
81. Saya selalu memastikan kestabilan dalam suasana pekerjaan.
82. Saya seorang yang sangat menyukai tugas yang mencabar.
83. Saya mudah memaafkan kesalahan orang lain.
84. Saya seorang yang performer semula jadi.
85. Saya seorang yang teliti dalam membuat sesuatu pekerjaan.
86. Saya suka merekacipta sesuatu model.
87. Saya mudah simpati kepada seseorang walaupun ternyata dia bersalah.
88. Saya tidak suka dikongkong.
89. Saya sentiasa bersifat wajar dalam membuat sebarang keputusan.
90. Saya lebih suka meneroka idea-idea baru.
91. Saya suka meniru gaya orang lain.
92. Saya tidak suka kepada peraturan.
93. Saya berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang memerlukan perincian.
94. Saya berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah.
95. Zaman persekolahan saya begitu membosankan kerana terpaksa mengikut peraturan.
96. Pekerjaan tanpa jadual sangat menarik minat saya.
97. Saya mahir menyusun atur tempat kerja.
98. Saya akan beralih ke projek yang baru setelah menyelesaikan tugas yang lama.
99. Saya suka berkhayal tentang masa hadapan.
100. Saya suka melakukan kerja tanpa tekanan.










BORANG JAWAPAN SOAL SELIDIK PERSONALITI WARNA (IPW)


Arahan:SILA JAWAB YA ATAU TIDAK UTK SEMUA ITEM



Soal selidik ini mempunyai 100 item. Bulatkan pilihan (Y) sekiranya anda merasakan item berkenaan selesa atau bersesuaian atau bertepatan dengan diri anda dan bulatkan pilihan (T) jika sebaliknya.

1 5 9 13 17 21 25 29 33 37 41 45 49 53 57 61 65 69 73 77 81 85 89 93 97 Emas
Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T
2 6 10 14 18 22 26 30 34 38 42 46 50 54 58 62 66 70 74 78 82 86 90 94 98 Hijau
Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T
3 7 11 15 19 23 27 31 35 39 43 47 51 55 59 63 67 71 75 79 83 87 91 95 99 Biru
Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T
4 8 12 16 20 24 28 32 36 40 44 48 52 56 60 64 68 72 76 80 84 88 92 96 100 Jingga
Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y
T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T

Program "Menggapai Impian SPM 2009"







Thanks utk semua yg mjayakan program ni especially kpd barisan fasilitator

dan adik2 yg bakal mduduki SPM. Do the best! Kamu memang HEBAT!!!

Pengalaman dan pengetahuan yg dikongsikan selama 3 hari 2 mlm ni diharapkan dapat

memberi sejuta manfaat kpd semua dlm menghadapi liku2 khidupan...

Saturday, February 14, 2009

A FLOWER ALL THE WAY FROM THAILAND . . THE VERY RARE PARROT FLOWER



IT'S A REAL... BELIEVE IT OR NOT????




ILUSI OPTIK...

BLING... BLING... BLING....

PINAR MATA TULIP...

KORANG SUME MESTI PNH BLAJO KAN PASAL ILUSI OPTIK?

NAK TRY??? JOM LA BLING3X KAN MATA KORANG...















Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu...


Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa
Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura
Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa
Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing
Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing
Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing
Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati







Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Friday, February 13, 2009

DID U KNOW????

Jom kita survey2 siapa The Most Handsome Man in this world...

nak tau????? apa lagi skrol la ke bawah...










Tuesday, February 10, 2009

How U Survive In This Situation???












think
.
.

.
.
.
.
.
.
..
..
.
.

.









Emmm... Sedapnyer...

AWAS!!!!! JANGAN TENGOK LAMA2...








SUDUT KAUNSELING

SUDUT KAUNSELING

Apakah kaunseling?

Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti member nasihat. Dalam proses menolong, kaunselor membina satu perhubungan yang professional dengan klien dan membimbingnya supaya memahami tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya, kebolehan, kemampuan dank lien dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan individu yang mempengaruhi hidupnya.
(Petikan diambil dari tulisan Aminah Hj Hashim, Rusnani Abd Kadir & Nordin Kardi ... UPM)


KERJAYA DAN MASA DEPAN

Bila sebut pasal kerjaya, semua manusia yang normal sudah tentu mengidamkan kerjaya yang bagus-bagus dan kalau boleh semuanya nak yang bergaji besar. Apa maksud kerjaya yang sebenarnya? Menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan sebagai rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya dan ada juga individu yang gemar bertukar-tukar pekerjaan. Kerjaya menurut Super (1957, 1972) pula merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan lain yang dilakukan selepas bersara.

Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg

- Merupakan hasil usaha 4 orang pakar dalam bidang ekonomi, sosiologi dan psikologi.
- Seseorang bergerak mengikut beberapa peringkat yang kait-mengait antara satu sama lain.
- Proses pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang penting dan menjadi focus dalam teori ini.
- Nilai, keadaan persekitaran sebenar, atribut psikologi dan peluang pendidikan serta pencapaian memberi kesan kepada proses pemilihan ini.


Unsur-unsur Teori Ginzberg

1. Pemilihan kerjaya ialah satu proses perkembangan secara tipikal berlaku dalam satu jangka masa yang lebih daripada 10 tahun.
2. Proses perkembangan ini merupakan proses yang tidak boleh berpatah balik.
3. Proses pemilihan kerjaya berakhir apabila telah berlakunya kompromi antara minat, kebolehan, nilai dengan peluang yang ada.
4. Terdapat 3 peringkat perkembangan kerjaya iaitu peringkat Fantasi (6-11 tahun), peringkat Percubaan (11-18 tahun), dan peringkat Realistik (17-20 tahun). Namun, proses pemilihan kerjaya tidak terhenti setakat umur 20 tahun sahaja tetapi proses ini berlaku sepanjang hayat individu.

• Peringkat Percubaan dipecahkan kepada 3 peringkat yang lebih khusus iaitu:

1. Peringkat Minat

- Individu berumur 11-13 tahun telah mula memasukkan faktor minat dalam pemilihan kerjaya.

2. Peringkat Kebolehan
- Individu berumur 13-14 tahun mula mengambil kira faktor kebolehan dalam pemilihan kerjaya.

3. Peringkat Nilai

- Individu berumur 15-16 tahun ketika ini individu telah mula memasukkan faktor nilai dalam pemilihan kerjaya.

Saturday, February 7, 2009

Pagi Yang Ceria...

Emm... pg ni sy xtau nk tulis ape dh pikir byk hari dh nk tulis ttg ape???

kawan??? aktiviti sy x la best sgt nk di share kn bsama....hmmm... nnt la pikir lg hehe

Tuesday, February 3, 2009

Ujian di pagi subuh...

Ketika ingin mgambil wuduk subuh pg ni sy telah diuji oleh Allah S.W.T dgn satu ujian yg boleh tahan hebat juga iaitu tapak tangan kanan sy dijadikan sasaran oleh tebuan yg sesat msk ke umah.
masa kne ggt tu sy xnmpk ape benda yg gigit sbb gelap. tp bisanya sampai ke tulang sum2 jgk.
So, sy dgn muka x malunyer terus kejutkan housemate sy Dewi yg terus lari ke umah kawan dia mntk ubat. Kesian plak kt dia, sy ni mnyusahkan org je. roomate Dewi, Wana pulak sibuk mgejar tebuan tu sampai jd arwah pagi tu jugak di batang penyapu. masa tu sy hnya mampu buat muke seposen (muke x tahan sakit tp x la ngis malu plak sy) ;p

terima kasih kawan2 even bisa ni x hilang2 lg saat sy mengepos ni tp sy bersyukur sbb bukan kne ggt dek ular ker... haa lg bahaya tu. pagi ni sibuk la sy msg kwn2 saper ada cuka sbb mak sy slalu buh cuka kalau kne ggt tebuan ke... lebah ker...

so, pasni sy akn bhati2 la tutup pintu balkoni sblm tdo... anda semua pn kne beware sbb kdg2 kita pn xtau ape akn jd pd kita. Mcm sy ni dh xleh nk buat ape sbb byk guna tgn kanan. Nak menulis pn sakit sbb tapak tgn dh bengkak...

W/bgmnpun, sy berdoa supaya musibah yg sy dpt pg ni digantikan dgn sesuatu hikmah yg lain...

Monday, February 2, 2009

Cuti....




Cuti ni korang pergi mana?

hmm... baru je lps cuti hari ni cuti plak kan...

so, kena la isi masa lpg dgn pkara yg berfaedah.

gambar2 ni diambil masa sy menghabiskan cuti baru2 ni...