Monday, January 19, 2009

Renungan Bersama....

Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?


Nak dengar satu cerita tak? Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?
>Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti
>ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka
>di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah dari
>lidah api neraka jahannam".
>
>Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang suka
>membesar-besarkan cerita". Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: "
>sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada
>yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata. "
>
>Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"
>Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s.
>maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh
>pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya
>serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu
>ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama
>sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.
>
>Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada
>ikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh
>binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan". Apabila ikan mendengar kata-kata
>iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s.
>Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan
>agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya.
>
>Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan. Berkatalah yang baik,
>kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah
.

No comments:

Post a Comment