SUDUT KAUNSELING
Apakah kaunseling?
Kaunseling ialah satu proses menolong tetapi bukan merupakan aktiviti member nasihat. Dalam proses menolong, kaunselor membina satu perhubungan yang professional dengan klien dan membimbingnya supaya memahami tentang dirinya. Klien menjadi lebih sedar tentang kelebihan dan kekurangannya, kebolehan, kemampuan dank lien dibimbing supaya menjadi lebih peka tentang interaksi dan tindakbalasnya dengan orang lain dan individu yang mempengaruhi hidupnya.
(Petikan diambil dari tulisan Aminah Hj Hashim, Rusnani Abd Kadir & Nordin Kardi ... UPM)
KERJAYA DAN MASA DEPAN
Bila sebut pasal kerjaya, semua manusia yang normal sudah tentu mengidamkan kerjaya yang bagus-bagus dan kalau boleh semuanya nak yang bergaji besar. Apa maksud kerjaya yang sebenarnya? Menurut Tolbert (1994), kerjaya didefinisikan sebagai rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sepanjang hidupnya dan ada juga individu yang gemar bertukar-tukar pekerjaan. Kerjaya menurut Super (1957, 1972) pula merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan lain yang dilakukan selepas bersara.
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
- Merupakan hasil usaha 4 orang pakar dalam bidang ekonomi, sosiologi dan psikologi.
- Seseorang bergerak mengikut beberapa peringkat yang kait-mengait antara satu sama lain.
- Proses pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang penting dan menjadi focus dalam teori ini.
- Nilai, keadaan persekitaran sebenar, atribut psikologi dan peluang pendidikan serta pencapaian memberi kesan kepada proses pemilihan ini.
Unsur-unsur Teori Ginzberg
1. Pemilihan kerjaya ialah satu proses perkembangan secara tipikal berlaku dalam satu jangka masa yang lebih daripada 10 tahun.
2. Proses perkembangan ini merupakan proses yang tidak boleh berpatah balik.
3. Proses pemilihan kerjaya berakhir apabila telah berlakunya kompromi antara minat, kebolehan, nilai dengan peluang yang ada.
4. Terdapat 3 peringkat perkembangan kerjaya iaitu peringkat Fantasi (6-11 tahun), peringkat Percubaan (11-18 tahun), dan peringkat Realistik (17-20 tahun). Namun, proses pemilihan kerjaya tidak terhenti setakat umur 20 tahun sahaja tetapi proses ini berlaku sepanjang hayat individu.
• Peringkat Percubaan dipecahkan kepada 3 peringkat yang lebih khusus iaitu:
1. Peringkat Minat
- Individu berumur 11-13 tahun telah mula memasukkan faktor minat dalam pemilihan kerjaya.
2. Peringkat Kebolehan
- Individu berumur 13-14 tahun mula mengambil kira faktor kebolehan dalam pemilihan kerjaya.
3. Peringkat Nilai
- Individu berumur 15-16 tahun ketika ini individu telah mula memasukkan faktor nilai dalam pemilihan kerjaya.
No comments:
Post a Comment