Saturday, April 18, 2009
Aku pun tingin nk jadik cmni...
KOTA BHARU: “Saya membaca al-Quran sejak berusia enam tahun dan berupaya menghafal semua 30 juzuk ketika berumur 14 tahun.
“Saya tiada rahsia kejayaan, sebaliknya hanya berserah kepada Allah supaya sentiasa memberi kekuatan,” kata Siti Nadhira Mohd Shafei, 16, selepas muncul sebagai Johan Menghafaz Al-Quran (1 hingga 30 juzuk) Peringkat Kebangsaan dalam kategori perempuan, di sini, semalam.
Pelajar Maahad Tahfiz Al-Ikhwan, Ampang, Selangor itu berkata, dia mendapat dorongan sepenuhnya daripada bapa, Mohd Shafei Mat Amin, 45, yang juga pengerusi sekolah berkenaan.
Katanya, kejayaan besar itu adalah kali kedua buatnya apabila turut bergelar Johan Hafazan kategori 1 hingga 15 juzuk dalam pertandingan sama, tahun lalu.
“Saya bersyukur kerana kejayaan itu memberi kegembiraan kepada ibu, Norliza Muhammad, 45, yang menempuh dugaan menjaga kakak yang sakit,” katanya.
Sementara itu, Johan Menghafaz Al-Quran (1-30 juzuk) kategori lelaki, Muhammad Ahmad Zahid, 14, pula berkata dia berlatih menghafal sejak tiga tahun lalu dengan membaca sekurang-kurangnya satu muka al-Quran setiap hari.
“Hanya dengan cara mengulang bacaan setiap hari, baru kita boleh menghafal dengan baik,” katanya yang menghafal semua 30 juzuk Al-Quran sejak berusia 10 tahun.
Hadiah disampaikan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Dewan Besar Balai Islam, Kompleks Islam Darul Naim, dekat sini, malam kelmarin.
(sumber : Kosmo, 2009)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment